SAKSI KEBAIKAN SI MATI


Dari Umar Bin Al- Khatab R.a, bahawa Nabi Muhammad Sa.w bersabda: "Mana- mana orang Islam (yang mati, lelaki atau perempuan) yang diakui kebaikannya oleh empat orang (dari kalangan masyarakatnya), nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga.."
(Hadis Sahih- Riwayat Bukhari dan lain- lainnya)

Hadis ini ada sambungan dihujungnya iaitu: mendengarkan sabda yang tersebut, salah seorang dari sahabat- sahabat baginda bertanya:
"Bagaimana pula kalau orang- orang (yang menjadi saksi mengakui kebaikan si mati) itu hanya tiga orang?"

Baginda menjawab: " Tiga orang pun mencukupi (untuk diterima pengakuannya)."

Sahabat Baginda bertanya lagi: "Kalau mereka dua orang sahaja, bagaiman pula?"

Baginda menjawab: "Dua orang juga mencukupi."

Sahabat Nabi yang bertanya itu ialah Saidina Umar R.a.