LARANGAN BEJANA EMAS DAN PERAK

Dari Huzaifah Bin Al Yamani R.a, katanya: Rasulullah S.a.w bersabda:" 
Janganlah kamu minum dari bejana emas dan perak, dan janganlah kamu makan dalam pinggan- pinggan hidangan (yang diperbuat) dari emas dan perak, kerana ia digunakan oleh mereka (golongan hartawan kaum kafir yang sombong takbur) di dunia, dan akan di untukkan kepada kamu menggunakannya di akhirat kelak (sebagai balasan ketaatan kamu)".
(Hadis Sahih- Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain ditegaskan lagi larangan itu seperti berikut:

Dari Ummi Salamah R.a, katanya: Rasulullah S.a.w bersabda:" Orang yang minum dari bejana perak* sebenarnya ia (pada hari akhirat akan) menyedut api neraka dalam perutnya."
(Hadis Sahih- Riwayat Bukhari dan Muslim)

* Dalam hadis ini diterangkan tentang bejana perak sahaja, tetapi dalam sebuah hadis (muslim) ditegaskan:"Orang yang minum dari bejana emas dan perak..."
(Sahih Muslim)

Hadis- hadis ini menjadi dalil tentang haramnya menggunakan bejana dari emas dan perak untuk dijadikan tempat makan dan minum. Larangan ini meliputi lelaki dan perempuan. Tujuan larangan tersebut antara lainnya ialah untuk membersihkan rumahtangga dari kemewahan yang terkeji.