Dari Abu Hurairah R.a, dari Nabi S.a.w, sabdanya: " Kepanasan api yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanyalah satu per tujuh puluh kepanasan api neraka jahanam." Sahabat- sahabat Baginda berkata: " Demi Allah! Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyiksa." Baginda S.a.w bersabda: " Meskipun demikian, kepanasan neraka jahanam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian yang tiap- tiap satunya seperti kepanasan api dunia ini."(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi)
MALAIKAT MENULIS AMAL (2)
Dari Abu Umamah R.a, dari Nabi S.a.w, sabdanya: " Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri, maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, bekatalah malaikat yang du sebelah kanan: ' Tunggu dahulu'. Lalu ia menulis selama atau tujuh jam, kemudian jika orang itu berisighfar dari perbuatan jahat orang itu, tiaklah ditulis sesuatu pun, dan jika dia tidak meminta ampun kepada Allah S.w.t, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."
(Hadis Riwayat Tabrani dan Ibnu Mardawiah)
Dalam hadis ini diterangkan benerapa perkara mengenai kedua malaikat itu:
1) Satu berada di sebelah kanan dan yang satu lagi berada di sebelah kiri setiap orang manusia.
2) Yang di sebelah kanan ialah yang menulis amal kebaikan dan menjadi ketua kepada yang di sebelah kiri, yang menulis amal jahat.
3) Tiap- tiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh kebajikan dan tiap- tiap satu kejahatan ditulis dengan satu kejahatan sahaja.
4) Amal jahat tidak ditulis melainkan setelah diberi tempoh enam atau tujuh jam dengan arahan malaikat dari sebelah kanan.
5) Sekiranya malaikat yang melakukan kejahatan itu beristighfar memohon ampun dari Allah S.w.t dalam tempoh yang tersebut, maka kejahatan itu tidak ditulis.
Wallahu a'lam.

MALAIKAT MENULIS AMAL (1)
Dari Anas R.a, dari Nabi S.a.w, sabdanya: " Sesungguhnya Allah S.w.t telah menugaskan dua malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hamba-Nya (satu di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya), kemudian apabila orang itu mati, maka Tuhan perintahkan kedua malaikat itu dengan firman-Nya: ' Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hamba-Ku itu serta hendaklah kamu mengucap tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari kiamat dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hamba-Ku itu.' "
(Hadis Riwayat Abu Al-Syeikh dan Tabrani)
Dan pada satu riwayat ada disebutkan bahawa kedua malaikat itu melaknat si mati hingga ke hari kiamat jika ia seorang kafir.
Allah S.w.t Maha Mengetahui akan segala yang lahir dan yang tersembunyi, tetapi bagi melahirkan kebesaran kerajaan-Nya dan keadilan pemerintahan-Nya maka segala apa jua yang dilakukan oleh setiap manusia samada baik atau yang buruk diperintahkan menulisnya dalam surat amalnya oleh dua malaikat yang ditugaskan khas mengenainya, supaya dapat dibaca dan dilihat oleh orang itu sendiri pada hari akhirat kelak.
Kedua- dua malaikat yang tersebut sebagaimana yang diterangkan didalam hadis ini tidak bercerai dari orang itu walau sesudah ia meninggal dunia. Mereka diperintahkan tinggal tetap di kuburnya bertasbih, bertahmid dan bertakbir hingga ke hari kiamat dan pahala zikir mereka yang tersebut ditulis oleh mereka dalam surat amal orang itu.
Sebaliknya jika ia kafir, maka mereka melaknatnya hingga ke hari kiamat.

Subscribe to:
Posts (Atom)